'Tenanglah Wahai Hati'

Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Hidup Tak Ceria Tanpa Gelak ketawa
Bila di lihat dari tajuk di atas, ada sesetengah orang yang setuju dan ada juga tak setuju. Jika di fikir-fikirkan banyak juga pro dan kontranya. Macam aku, aku memang tak reti bila kehidupan tiada di selangi dengan gelak ketawa. Aku akan mudah merasa bosan.
Perkara ini berlaku kepada setiap orang. Di tambah pula semua ahli keluarganya jenis pendiam, tidak mesra apatah lagi gelak ketawa. Aku memang rimas dengan keadaan macam ni. Bagaimana mereka seluruh ahli keluarga beramah mesra, gelak ketawa, bergurau senda agaknya ya? Ermmm…ini yang menjadi satu persoalan kepad
a aku.
Lagi satu yang sering menjadi persoalan aku adalah pasangan yang bercinta tetapi kurang gurau senda dan gelak ketawa. Kalau tak aweknye pendiam, pakwe nya pula yang pendiam. Macam mana ya mereka berkomunikasi? Adakah masa dating mereka di penuhi dengan kata-kata romantis dan penuh dengan protokol. Aku memang sukar b
erkomunikasi dengan orang-orang sebegini.
Bagi aku gelak ketawa memang penting dalam semua keadaan. Baik bila bersama-sama keluarga, Ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, tempat kerja dan di mana sahaja. Ianya penting untuk mewujudkan keceriaan dalam kehidupan kita semua. Ia bukan sahaja menambah keceriaan, malah boleh membantu mengurangkan stress di tempat kerja khususnya. Bukanlah nak kata gelak ketawa itu tidak serius, tetapi gelak ketawa boleh mewujudkan keceriaan dalam mewarnai kehidupan kita. Itulah yang berlaku pada diri aku .
Aku tak boleh merasai keceriaan dan kebahagiaan tanpa gelak ket
awa. Terutama bila bersama keluarga memang sentiasa di sinari dengan gelak ketawa dan senda gurau dalam ahli keluarga sendiri. Begitu juga rakan-rakan di sekeliling aku. Kebanyakkan mereka bukanlah pendiam tetapi cukup untuk menhiburkan
perasaan aku seketika bila bertemu.Pendek kata seluruh orang-orang di sekeliling aku memang membuatkan kehidupan aku lebih terhibur dan ceria. Aku tak tau lah bagaimana agaknya jika kehidupan aku tanpa ada gelak ketawa..kenapa nak serius sangat?